Kata Aluan
Tahniah kepada semua yang menjayakan Kejohanan Rugby 2006. Kepada hadirin kedatangan anda amatlah dihargai. Kepada para pemenang tahniah diucapkan. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk merakam sedikit sebanyak aksi dan emosi pada hari kejohanan tersebut.
Menggunakan kamera SLR(Single Lens Reflex) Canon 300d saya berharap foto-foto yang anda saksikan dapat mengimbau kembali aksi2 pada kejohanan tersebut. Saya telah menggunakan Lensa Tamron f2.8 28-75mm untuk merakam aksi Rugby Touch, Sukaneka dan para penonton.
Bagi aksi Rugby Tackle saya menggunakan lensa Tamron f3.5-5.6 28-200mm(tak cukup laju), yang mana hasilnya kurang berkualiti(out of focus and soft images). "Heavy Editing" terpaksa dilakukan untuk gambar2 Rugby Tackle menggunakan Photoshop CS2.
Akhir sekali saya ingin menyatakan terima kasih pada Saudara Faisal di atas kerjasam yang diberikan. Tidak lupa juga Saudara Fitri ,Sudin dan Yeop yang turut terlibat dalam merakamkan detik2 penting pada hari tersebut.
Dan sebelum terlupa, segala teguran dan komen membina amatlah dialukan. Till the next event=)
p/s: Sukaneka was my favorite event..feel free to visit my photobucket by clicking ****here

0 Comments:
Post a Comment
<< Home